BAHAN BAHAN
1/2 kilo ikan sardin
2 labu bawang besar*
10-15 biji cili keraing(ikut kepedasan msg2)*
1 kumtum bunga kantan
1 ikat daun kesum
3 keping asam keping
1 bungkus laksa(rendam dan rebus)
#kisar halus bahan yg bertanda*
CARA CARANYA
ikan sardin disiang dan dibersihkan sblm direbus selama beberapa minit.masukkan garam , ajinomoto dan asam keping semasa merebus ikan.apabila ikan sudah msk asingkan isi dan tulang.blendkan isi ikan dan ketepikan.sementara itu blenkan pula tulang ikan td.apabila siap masukkan ke dlm satu bekas.tapiskan tulang td sehingga airnya menjadi putih.campurkan isi , air tapisan tulang dan bahan yg dikisar td.jgn lupa masukkan daun kesum dan juga bunga kantan yg dipotong halus.ambil asam keping yg direbus bersama ikan td da masukkan ke dlm kuah.didihkan seketika.perasakan mengikut citarasa anda.
BAHAN BAHAN UNTUK ULAM
1 biji timun
2 biji bawang besar
3 biji cili merah
1 ikat daun selom
3 biji telur(rebus)
#potong halus semua bahan diatas.taburkan si atas laksa semasa menghidang.
~SELAMAT MENCUBA~

No comments:
Post a Comment