Followers

Saturday, 30 June 2012

~REMPAH GILING TRADISIONAL~~



BAHAN BAHAN

5-10 biji cili kering (mengikut kepedasan yg anda suka)
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih

CARA CARANYA

cili kering dipotong dan direndam bersama biji ketumbar , jintan manis dan jintan putih.biarkan seketika dan toskan.sementara itu potong halus bawang putih dan bawang merah supaya memudahkan proses menggiling.bila semua dah sedia anda boleh mula menggiling.mmg agak penat tp berbaloi.mmg sedap rempah giling ni.klu xnk giling guna blender yg kering pun blh.bukan sume org ade batu penggiling kat umah kan.zaman moden ni main tekan jer.

*utk kari daging or ayam sila tambahkan kulit kayu manis , buah pelaga , bunga lawang dan bunga cengkih semasa menggiling.



inilah rupa kari giling saya.mmg superb!!!!!


~SELAMAT MENCUBA~

Thursday, 28 June 2012

~MEE BANDUNG SEMPOI~




 BAHAN BAHAN


1 bungkus mee kuning (dicelur)
1 labu bawang besar*
3 biji bawang putih*
10 biji cili kering*
4 sudu besar tomato sos
2 pokok sawi
5 biji telor
1/2 kilo daging
5 keping crabstic(optional)
bawang grg
garam dan gula secukup rasa
air secukupnyer


CARA CARA




blenkan bahan yg bertanda sehingga halus kemudian tumiskan sehingga cili betul2 masak.masukkan tomato sos dan daging.masak lg smpi daging betul2 empuk.setelah daging empuk masukkan pula air garam dan gula secukup rasa.biarkan kuah betul2 mendidih dan pecahkan telor satu persatu.bila telor sudah agak2 masak bolehlah dimasukkan sawi dan crabstic.sedia utk dihidangkan.

~SELAMAT MENCUBA~

Saturday, 23 June 2012

~OREO ICECREAM~



 BAHAN BAHAN


1 tin susu pekat manis
2 tin air
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar ovalette
1 biji telur
1 sudu kecil vanilla essence
4 sudu besar serbuk oreo

CARA CARANYA


satukan susu pekat manis dgn air dan tepung jagung dan masak diatas api perlahan sehingga pekat.sejukkan seketika.dgn menggunakan mixer sebatikan bancuhan td bersama ovalette , vanilla essence dan telur sehingga bancuhan betul2 gebu.masukkan di dalam bekas dan bekukan lbh kurang 3 jam.kemudian kuarkan adunan dr peti sejuk dan sebatikan sekali lg.ulang proses ini sebyk 3 kali.akhir sekali masukkan serbuk oreo ke dlm adunan dan bekukan  semlman.sedia untuk di makan.

~SELAMAT MENCUBA~

~DAGING MASAK HITAM~


BAHAN BAHAN


1/2 kilo daging
10 biji cili kering*
1 labu bawang besar*
3 biji bawang putih*
1 batang serai*
1 sudu besar biji ketumbar*
2 helai daun limau purut
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
halia*
kunyit hidup
air asam jawa
kicap manis
kicap masin

CARA CARANYA


potong daging bersihkan dan rebus sehingga daging empuk dan perapkan bersama kicap manis dan masin.sementara itu kisar bahan yg bertanda.panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis , buah pelaga dan bunga lawang.selepas itu masukkan pula bahan kisar sehingga garing.masukkan daging yg diperap td bersama daun limau purut.masak seketika dan masukkan air asam jawa.tambah garam dan gula jika perlu.masak lg mengikut kepekatan yg anda suka.

~SELAMAT MENCUBA~



Wednesday, 13 June 2012

~VANILLA N CHOCOLATE ICE CREAM~





BAHAN BAHAN

1 tin susu pekat
1 tin air (guna tin susu td)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar ovalatte
1 penutup esen vanilla
2 sudu besar serbuk koko

 ais krim yg siap untuk dibekukan

CARA CARANYA

satukan susu pekat bersama air dan tepung jagung.msk di atas api yg perlahan sehingga betul2 masak dan pekat.angkat dan tggu sehingga adunan btl2 sejuk.kemudian masukkan ke dlm mixer dan pukul sehingga btl2 gebu.

ready to eat

bahagikan adunan kepada 2 bahagian.satu bahagian dimasukkan coklat yg telah dibancuh dgn sedikit air panas.sendukkan adunan ke dlm bekas secara setompok2 sehingga habis.sedia untuk dibekukan selama semalaman.

SUBER RESEPI:kak laily hairi dr group tak pandai masak.





~SELAMAT MENCUBA~