Followers

Saturday, 21 April 2012

~NASI GORENG UDANG~


BAHAN BAHAN


hidang untuk seorg

1 biji telor
10 ekor udang kertas
3 ekor udang besar
3 potong timun
2 biji jagung muda
1 biji bawang putih*
1 biji bawang merah*
5-6 biji cili padi*
sedikit belacan*
sedikit udang kering
semangkuk nasi putih
garam dan ajinomoto secukup rasa.
kisar halus bahan2 yg bertanda *

CARA CARANYA


panaskan minyak , tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan udang kecil.tggu sehingga udang masak dan masukkan pula nasi putih.gaul sebati dan masukkan garam dan ajinomoto


untuk hisan

jagung muda direbus dan dipotong
timun dipotong memanjang
telo didadar dan diracik halus
udang kering dikisar(guna pengisar kering)
udang besar digoreng tepung@biasa

~SELAMAT MENCUBA~

Thursday, 19 April 2012

~DAGING MASAK MERAH~



BAHAN BAHAN

daging (rebus smpi empuk.ltk sirap sket nk bg merah )
1 biji bawang merah (ptg ikut suka)
2 biji bawang putih (ketuk)
3 sudu besar cili sos
1 sudu besar tomato sos
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan (nampla)
1 sudu besar cili kisar
sedikit bunga kobis

CARA CARANYA

potong daging dan goreng sekejap jgn smpi garing.
panaskan minyak tumis bawang besar , bawang putih dan cili kisar smpi garing.kemudian masukkan cili sos , tomato sos , sos tiram da sos ikan.kacau smpi sebati.masukkan air mengikut kepekatan yg anda suka.pastu masukkan garam secukup rasa.pastu terus masukkan bunga kobis ngan daging.msk sekejap.pastu leh angkat.

~SELAMAT MENCUBA~

~KERABU TELUR MASIN~



BAHAN BAHAN

2 biji telur masin
5-6 biji cili padi
5-6 biji kacang botol
1 biji tomato
1 btg serai
1 biji bawang
sedikit belacan
gula dan garam secukup rasa
jus limau nipis

CARA CARA

telur masin direbus dan dibelah 6.cili padi ditumbuk kasar bersama belacan.potong kacang botol , serai , tomato dan bawang kemudian satukan semua bahan td kecuali telur masin.setelah sebati dan cukup rasa barulah dimasukkan telur masin td

*credit to shasha rahmat for dis resepi.g la jenguk blog dia.mcm2 ada.

~SELAMAT MENCUBA~


~KERABU PUCUK PAKU DENGAN KERANG DAN TAUGEH~



BAHAN BAHAN

2 ikat pucuk paku 
30 sen taugen
1/2 kilo kerang
1 1/2 biji bawang besar
1 batang serai
2 sudu besar kerisik
5-10 biji cili padi
sedikit belacan
jus limau nipis
garam dan gula secukup rasa

CARA CARANYA

taugeh dan pucuk paku dicelur dan toskan.rebus kerang dan ambil isinya.bawang merah dan serai diracik halus.manakala cili padi dan belacan ditumbuk lumat.gaul semua bahan td sehingga sebati dan masukkan jus limau nipis , garam dan gula secukup rasa.



~SELAMAT MENCUBA~

~KANGKUNG GORENG BELACAN~


BAHAN BAHAN

1 ikat kangkung 
2 biji bawang putih
2 biji bawang merah
5-10 biji cili padi
sedikit belacan
garam dan ajinomoto

*bawang puutih ditumbuk bersama bawang merah , cili padi dan belacan.

CARA CARA

panaskan minyak dan tumis bahan yg ditumbuk sehingga garing.masukkan kangkung bersama sedikit air.biarkan sedikit layu dan masukkan garam dan ajinomoto.siap untuk dihidang.



~SELAMAT MENCUBA~

~BOK CHOY OYSTER SAUCE~



BAHAN BAHAN 

3-4 pokok bok choy
4-5 biji bawang putih
3 sudu besar oyster sauce
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar minyak masak
sedikit air panas

CARA CARA

bok choy dicelur bersama air panas dan sedikit minyak.angkat dan toskan.masukkan osyter sauce ke dlm mangkuk bersama minyak bijan dan minyak masak.tuangkan sos ke atas bok choy yg dicelur td.sementara itu bawang putih didadu dan digoreng sehingga kuning keemasan.angkat dan bolehlah ditabur di atas bok choy.sedia untuk dihidangkan.

~SELAMAT MENCUBA~

Wednesday, 18 April 2012

~wantan mee~



BAHAN BAHAN

wantan mee (dicelur dan toskan)
ayam
sawi bunga (celur sekejap)
minyak bijan
kicap
bawang goreng

*Gaulkan wantan dgn minyak bijan dan kicap dan bawang goreng

UNTUK AYAM

Gaul ayam yg telah direbus 3/4 masak dengan kicap dan garam. Kemudian goreng sekejap sahaja. Angkat dan potong.


UNTUK SUP

ambil air rebusan ayam td masukkan sedikit halia bawang putih dan bwg merah yg diblend.biar mendidih masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa.




~SELAMAT MENCUBA~

Wednesday, 4 April 2012

~MEE KARI EJA RAHIM~


BAHAN-BAHAN


bahan A

2 biji bawang besar
4 biji bawang putih
5-10 biji cili padi (optional)
2 inci halia
2 biji buah pelaga
1 tangkai bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 tangkai daun kari
sedikit minyak untuk menumis

*kisar halus bawang besar , bawang putih , halia dan cili padi

bahan B

2 bgks serbuk kari babas (ikan or ayam)
2 keping asam keping
garam secukup rasa
sedikit santan

*bancuh serbuk kari sehingga menjadi pes bersama asam keping dan garam

bahan C

1 bgks mee kuning (dicelur)
1 kilo kerang (direbus dan dikopek isinya)
2 bgks fishball
1 bgks fishcake(dipotong nipis)
500 g udang sederhana besar
1 ikat sawi (potong dan celur)
taugeh(dicelur)

*udang dicuci dan direbus.setelah udang masak asingkan bahagian isinya.kulit dan kepala udang dikisar halus dan ambil airnya.

CARA CARANYA
panaskan minyak dan tumis buah pelaga , bunga lawang , kulit kayu manis dan daun kari.masukkan pula bahan kisar dan tumis sehingga naik bau.selepas itu bolehlah dimasukkan pes serbuk kari td.tumis sehingga terbit minyak.masukkan pula santan dan air rebusan udang.anda boleh menambah air mengikut kepekatan kuah yg anda inginkan.biar sehingga mendidih dan masukkan isi udang , fishball , fishcake dan isi kerang.biarkan seketika dan perasakan mengikut citarasa masing2.
                                                
~SELAMAT MENCUBA~