Followers

Monday, 30 July 2012

~BABY KAILAN IN OYSTER SAUCE~


BAHAN BAHAN

1 ikat baby kailan
2 biji bawang merah
3 sudu oyster sauce
sedikit minyak bijan

CARA CARANYA

cuci kailan dan rebus dgn air panas yg telah dimasukkan sedikit minyak bijan.agak2 kailan dah masak angkat dan ketepi kan.bawang merah dipotong untuk dijadikan bawang goreng.panaskan sedikit air dan bancuh bersama oyster sauce tadi.tuangkan oyster sauces ke atas baby kailan.akhir sekali taburkan bawang goreng.sedia untuk dihidang.


~SELAMAT MENCUBA~

Sunday, 29 July 2012

~AYAM PANDAN~


BAHAN BAHAN

isi ayam (dipotong jgn terlalu kecil)
10-20 helai daun pandan
1 labu bawang besar*
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 sudu teh jintan manis*
1 sudu teh jintan putih*
1 sudu teh biji ketumbar*
1 biji limau nipis (ambil jusnya)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar santan pekat
garam dan gula perang secukup rasa(klu nk ganti madu pun boleh)

#bahan yg bertanda * dikisar halus


CARA CARANYA

perap isi ayam bersama bahan kisar dan semua bahan di atas lbh kurang 2 jam.kemudian bungkus ayam dgn daun pandan dan sematkan lidi sate.panaskan minyak dan goreng ayam(deep fried) sehingga kekuningan.sedia untuk dihidangkan

~SELAMAT MENCUBA~




Sunday, 22 July 2012

~AYAM PERCIK~



BAHAN BAHAN

1 ekor ayam
2 biji bawang besar*
3 biji bawang putih*
3 batang serai*
i inci kunyit*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 senduk cili kering yg diblend.
1 keping asam
1 kotak santan
garam dan gula secukup rasa

bahan yg bertanda * diblend halus

CARA CARANYA

panaskan minyak dan masukkan bahan2 yg diblend bersama cili kering.masak sehingga bahan tumisan naik minyak.kemudian masukkan ayam.apabila ayam setengah masak masukkan santan dan asam keping.masak lg sehingga ayam betul2 masak dan masukkan garam dan gula secukup rasa.asingkan ayam dan kuah kemudian bakar ayam di dlm oven atau di atas dapur gas.apabila ayam siap dibakar siramkan kuah tadi ke atas ayam.siap untuk dimakan.


# sumber resepi : icah comel @ GTPM

~SELAMAT MENCUBA~


Wednesday, 11 July 2012

~SPAGETI UDANG LADA HITAM~



BAHAN BAHAN

3 ekor udang
1 biji tomato (hiris nipis)
1 biji lada benggala hijau (dihiris nipis)
1 biji lada benggala merah (dihiris nipis)
1 labu bawang besar (dicincang))
2 biji bawang putih (dicincang)
1 sudu teh serbuk lada hitam
sedikit minyak zaitun utk menumis (minyak biasa pun boleh)
sedikit mentega (gaul bersama serbuk lada hitam)
segenggam spageti (direbus dan toskan)
daun ketumbar (dicincang halus)
sedikit stok ayam
garam secukup rasa


CARA CARANYA

  1. panaskan kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. kemudian masukkan stok ayam dan udang.biarkan sehingga udang bertukar warna.
  3. masukkan lada benggala dan tomato.masak hingga sedikit layu
  4. masukkan spageti dan kacau hingga sebati
  5. akhir sekali masukkan serbuk lada hitam dan mentega.tambah sedikit lagi stok ayam , garam secukup rasa dan daun ketumbar .sebatikan semua skali.sedia untuk dihidangkan.
*sumber resepi:majalah saji


~SELAMAT MENCUBA~

~KERABU MANGGA~



BAHAN BAHAN

1 biji mangga muda (dipotong /diparut halus)
1 labu bawang besar (dimayang)
5-10 biji cili padi (setengah potong dan lg setengan ditumbuk bersama sedikit belacan)
1 sudu besar nampla sos (sos ikan)
sedikit udang kering (ditumbuk kasar)
sedikit kacang tanah (grg dan ditumbuk kasar)
garam dan gula secukup rasa

CARA CARANYA

campurkan semua bahan bahan td dan gaul sebati.tambahkan garam dan gula sesedap rasa.siap utk dihidangkan.

~SELAMAT MENCUBA~

Monday, 9 July 2012

~SUP KETAM~



BAHAN BAHAN

3 ekor ketam bunga (cuci dan dipotong 2)
1 btg serai (diketuk)
2 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar
sedikit halia dan garam secukup rasa

CARA CARANYA

masukkan kesemua bahan kedalam periuk bersama sedikit air.msk sehingga mendidih dan masukkan garam secukup rasa.dah siap....

~SELAMAT MENCUBA~

Friday, 6 July 2012

~SUP EKOR~


BAHAN BAHAN

5 ketul ekor lembu
2 biji bawang putih(diketuk)
1 labu bawang besar(belah 4)
1 batang batang saderi(potong)
1 biji tomato(belah 4)
2 inci lengkuas(diketuk)
3 biji cili padiz(diketuk)
1 biji limau nipis(ambil airnya)
sedikit daun sup(dipotong)
sedikit bawang goreng
sedikit minyak untuk menumis

CARA CARANYA

ekor direbus sehingga empuk dan ketepikan.panaskan minyak(sikit jer) ,  tumis bawang putih dan lengkuas sehinnga naik bau kemudian masukkan ekor yg direbus td bersama air rebusan.masukkan air limau nipis.biarkan sup mendidih dan masukkan cili padi , bawang besar dan tomato.perasakan dgn garam dan ajinomoto.akhir sekali masukkan batang saderi.taburkan daun sup dan bawang goreng semasa menghidang.

~SELAMAT MENCUBA~

~LAKSA UTARA~


BAHAN BAHAN

1/2 kilo ikan sardin
2 labu bawang besar*
10-15 biji cili keraing(ikut kepedasan msg2)*
1 kumtum bunga kantan
1 ikat daun kesum
3 keping asam keping
1 bungkus laksa(rendam dan rebus)

#kisar halus bahan yg bertanda*

CARA CARANYA

ikan sardin disiang dan dibersihkan sblm direbus selama beberapa minit.masukkan garam , ajinomoto dan asam keping semasa merebus ikan.apabila ikan sudah msk asingkan isi dan tulang.blendkan isi ikan dan ketepikan.sementara itu blenkan pula tulang ikan td.apabila siap masukkan ke dlm satu bekas.tapiskan tulang td sehingga airnya menjadi putih.campurkan isi , air tapisan tulang dan bahan yg dikisar td.jgn lupa masukkan daun kesum dan juga bunga kantan yg dipotong halus.ambil asam keping yg direbus bersama ikan td da masukkan ke dlm kuah.didihkan seketika.perasakan mengikut citarasa anda.

BAHAN BAHAN UNTUK ULAM

1 biji timun
2 biji bawang besar
3 biji cili merah
1 ikat daun selom
3 biji telur(rebus)

#potong halus semua bahan diatas.taburkan si atas laksa semasa menghidang.

~SELAMAT MENCUBA~

~BUNCIS GORENG BERSAMA TEMPE DAN SUUN~



BAHAN BAHAN

2 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
6 biji cili padi*
1 keping tempe(potong nipis2 dan grg)
kacang buncis (agak2 dlm segenggam)
sedikit suun(remdam dan rebus)
sedikit hati dan pedal ayam(optional)
sedikit belacan*

#bahan yg bertanda * ditumbuk sehingga lumat

CARA CARANYA

panaskan minyak , grg hati dan pedal yg telah dipotong sehingga btl2 msk.kemudian masukkan bahan yg ditumbuk td.tumis sehingga garing dan masukkan kacang buncis yg telah dipotong.bl kacang buncis agak layu bolehlah dimasukkan suun.kacau hingga sebati.akhir sekali masukkan tempe dan garam secukup rs.


#kata orang ni sayur grg jawa.x pasti la pulak.sbb sye kenal sayur ni mse menghadiri majlis bacaan yassin kat umah jiran.mse jamuan ade sayur ni.mkn2 sedap la pulak.tp yg pastinya dia bukan org jawa.resepi x tnya la pulak.tp sye bt dgn ape yg sye rse.so klu ade org jawa yg bce entri ni n byk yg x betul mintak maaf la yer.sbb sye main agak2 jer.ape yg sye rse itu la yg sye masukkan.:)


~SELAMAT MENCUBA~




~KURMA TELOR~


BAHAN BAHAN

4 biji telor
1 labu bawang besar*
3 biji bawang putih *
1 inci halia*
3 biji cili jihau(belah 2)
1 biji tomato(belah 4)
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 keping asam keping
1 paket rempah kurma adabi
1 mangkuk santan.
garam secukup rasa


CARA CARANYA 


blenderkan bahan yg bertanda *.panaskan minyak tumis bunga lawang , kulit kayu manis dan buah pelaga.kemudian masukkan bahan yg diblender tadi sehingga naik bau dan masukkan serbuk kurma adbi yg dibancuh bersama air.masak rempah sehingga pecah minyak dan masukkan asam keping.kemudian masukkan santan.biarkan kurma sehingga mendidih.akhir sekali masukkan telor , cili hijau ,tomato dan bawang besar yg dipotong 4.tggu sehingga cili hijau td masak.sedia untuk dimakan.



~SELAMAT MENCUBA~

Tuesday, 3 July 2012

~STRAWBERRY TART~


BAHAN BAHAN UNTUK CRUST @ SHELL

50g      gula
170g    marjerin
 290g   tepung gandum
1 sudu kecil  esen vanilla
1 biji telur

CARA CARANYA


Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.


 
masukkan ke dalam acuan.cucuk dgn menggunakan garfu di tengah tengah


 Bakar pada suhu 170oC sehingga masak. 




BAHAN BAHAN UNTUK CREAM CHEESE FILLING


250gm cream cheese
50gm gula kastor 
1 biji telur 
½ sudu teh esen vanilla 


 CARA CARANYA


Putar cream cheese dan gula hingga kembang.Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi sehingga sebati.



masukkan filling ke dalam kulit tart.titikkan strawberry filling dan corakkan dgn menggunakan pencungkil gigi.


Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. untuk memastikan filling betul2 sudah masak sentuhkan bahagian filling dgn tangan anda.klu tidak melekat bermakna  tart anda sudah sedia untuk dimakan.




~SELAMAT MENCUBA~

~TELOR BUNGKUS 3 LAPIS BERSOS KEJU~


BAHAN BAHAN

7 biji telor
1 labu bawang besar(didadu)
1 biji carrot saiz kecil(didadu)
sedikit dada ayam yang dicincang
2 sudu tomato sos
2 sudu cili sos
3 sudu sos tiram
1 susu sos lada hitam
mozzarella cheese(ikut suka)
garam secukup rasa

CARA CARANYA

sediakan 3 keping telur dadar.2 keping yg agak nipis dan sekeping lg yg tebal dan lbh besar.ketepikan sebentar.panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu kemudian masukkan carrot dan isi ayam.bl isi ayam agak msk , masukkan kesemua sos td.biarkan sehingga sos btl2 msk dan akhir sekali masukkan mozzarella cheese.bila sos dah siap letakan satu lapisan sos keatas telur dadar yg paling besar ditengah tengah.lapiskan dgn telur dadar yg kedua dan letakkan sos .ulang proses ini sehingga lapisa terakhir.kemudian bungkus telur td seperti bungkusan nasi pattaya.akhir sekali telengkupkan telur td di atas pinggan lain.siap untuk dimakan.

*klu xnk berkuah mcm ni blh bt yg kering sket


~SELAMAT MENCUBA~

Sunday, 1 July 2012

~CARA BERLAUK~


BAHAN BAHAN


11/2 cawan tepung
1 biji telor
1 cawan santan
garam dan gula secukup rasa
pewarna kuning
blender kesemua bahan  smpi sebati

bahan untuklauk
daging dicincang halus,bawang besar didadu,daun bwg n daun sup,1 sudu rempah kari daging,sedikit sos tiram.

CARA CARANYA 

tumis bwg besar smpi layu pastu masukkan serbuk kari n sos tiram.pastu masukkan daging.msk smpi kering.jgn kering sgt.panaskan acuan bahulu.sapukan minyak. mskkan tepung td.jgn penuh sgt.terus bubuh lauk.pastu tutup jap.tggu mspi msk.sedia utk dihidangkan.

~SELAMAT MENCUBA~

~KUIH SAGU~



BAHAN BAHAN 

2 cawan sagu - rendam 10 minit dan toskan
1 cawan gula
3 cawan air
1 cawan kelapa parut
sedikit garam untuk diletak dalam kelapa parut

CARA CARANYA


Masak air dengan gula hingga mendidih dan tutup api. Masukkan pewarna dengan sagu kacau sebentar.
Masukkan dalam acuan  dan kukus lebih kurang 10 minit. Potong la ikut suka bentuk nyer..dan salut dengan kelapa parut. 




~SELAMAT MENCUBA~

~APAM BALIK~

sumber:My Resepi

BAHAN BAHAN

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
1 1/2 cawan air
1 tin cream corn
kacang tanah(sangai dan blend halus)
sedikit gula

CARA CARANYA

blendkan sume bahan diatas smpi sebati dan tuangkan diatas non stick pan.ratakan aduanan dan biarkan seketika.sementara menanti apam msk taburkan gula , kacang tanah dan jagung.bl apam dah msk lipat 2 apam tersebut dan angkat.sedia utk dimakan.

~SELAMAT MENCUBA~