Followers

Friday, 21 September 2012

~NASI HUJAN PANAS~




nasi hujan panas bersama ayam msk merah , kurma telo dan acar mentah.utk resepi kurma telo leh refer kat SINI



RESEPI NASI HUJAN PANAS


bahan bahan
3 cawan beras
31/2 cawan air
1 btg kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kumtum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1 biji bawang besar*
3 biji bawang putih*
2 inci halia*
3 sudu besar sos tomato
garam secukup rasa
pewarna biru , kuning dan merah

blend bahan yg bertanda *

CARA CARANYA

basuh beras dan toskan.panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis , buah pelaga , bunga cengkih dan bunga lawang.kemudian masukkan bahan yg diblend td.tumis sehingga wangi kemudian masukkan sos tomato dan garam.biarkan sehingga mendidih dan masukkan beras.kemudian masukkan kedlm rice cooker.masukkan pula air dan msk seperti biasa.bila nasi sudah kering ambil sebilah lidi celupkan kedlm pewarna merah dan dicucuk ke dlm nasi.ambil pula lidi lain dan ulang proses td utk pewarna kuning dan biru.bila nasi sudah masak gaulkan nasi td agar warna2 tersebut bercampur seperti gambar di atas.




AYAM MASAK MERAH

bahan bahan

1/2 ekor ayam
1 btg kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar*
2 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu cili boh
3 sudu tomato puree
1 btg serai ditik
sedikit minyak utk menumis
garam dan gula secukup rasa

kisar halus bahan yg bertanda *

CARA CARANYA

ayam digaul bersama kunyit dan garam.goreng sehingga separuh msk dan ketepikan.panaskan minnyak masukkan kulit kayu manis , buah pelaga dan bunga lawang.kemudian masukkan pula bahan yg dikisar td.tumiskan sebentar sehingga naik bau dan masukkan cili boh.masak lg sehingga cili betul2 masak.kemudian masukkan pula tomato puree.masukkan sedikit air bersama serai , garam dan gula secukup rasa.masak lg sehingga mendidih dan masukkan ayam.biarkan lg sehingga ayam btl2 masak dan sedia utk dihidangkan.




ACAR MENTAH

bahan bahan

1 biji timun
1/2 biji nenas madu
2 biji bawang besar
3 biji cili merah
sedikit cuka
garam dan gula secukup rasa

CARA CARANYA

potong kesemua bahan td mengikut citarasa anda.gaul bersama cuka garam  dan gula sehingga sebati



~SELAMAT MENCUBA~

~SOTO AYAM DAN NASI IMPIT KUAH KACANG~




KUAH SOTO

bahan tumis

3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
2 kuntum  bunga cengkih
2 biji bawang merah dimayang
2 biji bawang putih dimayang
2 btg serai dititik
2 inci lengkuas dititik

bahan blend

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2 inci halia

bahan bahan lain

1 ekor ayam (ambil bahagian dada)
3 sudu serbuk sup
1 kiub pati ayam
1 bungkus sup bunjut
 air secukupnyer
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

CARA CARANYA

panaskan minyak dan masukkan buah pelaga , bunga lawang , bunga cengkih dan kulit kayu manis.kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih yg dimayang td bersama serai dan lengkuas.bila bawang dah naik bau masukkan pula bahan yg diblend.masak seketika dan masukkan kiub pati ayam dan sup bunjut serta serbuk sup.tumis lg sebelum dimasukkan air dan ayam.bila sup dah mendidih dan ayam sudah agak masak angkat ayam tadi dan toskan.masak lg  sup sehingga betul2 mendidih dan masukkan garam secukup rasa.ayam yg ditoskan td dilumur kunyit dan garam dan digoreng seketika.angkat ayam dan sejukkan.carik ayam td untuk dihidangkan bersama soto.

BAHAN BAHAN UNTUK BERGEDIL KENTANG

3 biji kentang
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 sudu teh serbuk lada sulah
2 biji telor (asingkan telur putih dan telur merah)
2 sudu besar bawang goreng
1 tangkai daun sup (diracik halus)
garam secukup rasa

CARA CARANYA

kupas kentang dan potong kepada beberapa bahagian.kemudian goreng kentang sehingga empuk dan toskan.bawang merah dan bawang putih dimayang dan goreng seketika.selepas itu blend bawang tersebut.lenyek kentang dan masukkan kesemua bahan diatas kecuali putih telur.bentukkan bergedil dan masukkan ke dlm putih telor sebelum digoreng.pastikan minyak betul2 panas utk mengelakkan bergedil pecah.


KUAH KACANG

bahan bahan

2 genggam kacang tanah(digoreng tanpa minyak/disangai dan diblend halus)
10 biji cili kering
4 biji bawang merah (bahagikan kepada 2 bahagian.1 bahagian dimayang)
2 inci halia
1 inci lengkuas
sedikit belcan
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

CARA CARANYA

panaskan sedikit minyak(sikit jer) dan goreng  cili bersama belacan , bawang merah , halia dan lengkuas.angkat dan ketepikan.klu xnk guna minyak pun boleh tp lmbt.so letak minyak sket jer.ble cili dah garing boleh la angkat.bahan lain xyah garing.sejukkan sebentar dan blend kesemua bahan yg digoreng td,kemudian panaskan minyak untuk menumis.bla minyak dah panas masukkan bawang merah yg dimayang td.tumis smpi naik bau dan masukkan bahan yg diblend td bersama kacang tanah.masukkan air mengikut kepekatan yg anda suka.kemudian masukkan air asam jawa , garam dan gula secukup rasa.biarkan mendidih  dan siap untuk dihidangkan.

*nasi impit tu mcm biasalah.beli yg mini punyer cepat sket msk.so untuk soto tu ade 2 pilihan samada nk mkn ngan bihun or nasi impit.nasi impit pun leh jugak mkn ngan kuah kacang.so selamat menjamu selera yer.


~SELAMAT MENCUBA~