Followers

Friday, 25 October 2013

~ KOEY TEOW KUNGFU ~



Edisi pertama yg tangkap muat.guna bahan yg ade lam
fridge jer.


Yang ni pulak my second edition yg perfect bahan bahannya
tp kurang sket rasanya dr yg first edition.ok jom
intai resepi.


BAHAN BAHANNYA

*utk seorg mkn

1 genggam koey teow
1 biji bwg putih (chopped)
3 ekor udang (dibersihkan)
2 ekor sotong (dibersihkan dan potong )
2 batang jagung muda
3 biji cili padi 
2 sudu teh tepung jagung (bancuh dgn air)
1 cawan air
1 sudu teh serbuk lada putih
beberapa keping hirisan ayam
beberapa kepingan carrot
bunga kobis
kailan (daun sahaja)
kiub pati ayam (secukup rasa)
garam (secukup rasa


CARA CARANYA

  1. pecahkan telur dan gaulkan bersama koey teow.grg sehingga garing dan ketepikan
  2. panaskan minyak tumis bawang putih sehingga naik bau
  3. masukkan ayam , udang dan sotong.biarkan seketika
  4. masukkan air , carrot ,bunga kobis dan cili padi.didihkan seketika. 
  5. bila dah betul2 mendidih masukkan kiub pati ayam , serbuk lada putih dan garam secukup rasa.akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung td.
  6. didihkan lg sehingga kuah pekat mengikut citarasa anda. 
  7. akhir skali masukkan kailan.
  8. tuang ke atas koey teow yg digrg bersama telo td.siap utk dihidang kan.

~ SELAMAT MENCUBA ~

Tuesday, 22 October 2013

~ NASI MANDY KAMBING YAMAN ~

: : ASSALAMUALAIKUM : :

lamenyer x menulis kat blog ni.kali ni nk share resepi nasi arab.actually yg instant pnyer jer pun.
tp ade la sedikit olahan mengikut citarasa tuan pnyer blog.resepi yg simple tapi sedap n berbaloi dgn harg
highly recommanded klu sape2 yg nk try produk ni. 


ini la produk yg saya maksudkan.keluaran syarikat AL BAYT.klu nk tau lbh lanjut blh klik kat SINI dan SINI.dlm kotak ni ade beras basmathi utk hidangan 4-5 org beserta rempah arab.kat blkg kotak ni juga disediakan cara2 penyediaan nasi dan kambing beserta resepi saladnya.



ini contoh nasi mandy kambing yaman yg saya dah cubamemandangkan nasi mandy yaman ni x berkuah so saya tambahkan 1 lagi menu iaitu maraq supaya sesuai dgn citarasa anak2 yg saya yg mahukan
makanan yg berkuah.ok jom kite tgk cara2 penyediaan nasi ini.



*utk penyediaan nasi saya hanya ikut arahan seperti yg tertera di kotak.tp saya x buat keseluruhan nasi tu berwarna kuning.saya cuma titikkan pewarna kuning atau air saffron semasa nasi hampir masak dan gaulkan perlahan2 agar mendapat 2 warna yg berbeza.

*beras juga saya rendam lbh lama dr masa yg disyorkan di kotak


*11/2 kilo kambing (isi dan tulang) dibersihkan dan direbus sehingga empuk.saya tambahkan garam secukup rasa dan sedikit ajinomoto

#tips utk melembutkan daging : masukkan 1 sudu teh soda bikarbonat semasa berebus daging.


*utk salad pula saya cuma tambahkan sedikit minyak zaitun


RESEPI MARAQ

BAHAN BAHANNYA

2 biji kentang
1 biji carrot
1 biji bawang besar (didadu)
1 biji bwg putih (didadu)
50ml tomato puree
1 sudu teh arabic mixed spiced (x letak pun xpe klu xde)
1 sudu teh serbuk jintan putih
2 biji buah pelaga
1-2 sudu minyak masak
1 kiub pati lembu or ayam
air secukupnya
garam secukup rasa

CARA CARANYA

panaskan minyak dan tumis bawang putih n merah sehingga naik bau.masukkan tomato puree bersama buah pelaga , arabic mix spice dan serbuk jintan putih.masak lg selma 2 or 3 minit then masukkan carrot n ubi kentang.biarkan sehingga kedua2nya betul2 empuk.kemudian masukkan pula kiub pati ayam or pati lembu dan garam secukup rasa.biarkan mendidih seketika dan tutupkan api.akhir sekali tabur sedikit daun ketumbar.

*arabic mixed spiced tu leh beli kat mini mart yg jual brg2 middle east
*sayur tu klu nk tambah terung pun blh.


Resepi yg sgt simple kan.yg penting sedap dan berbaloi.saya mmg suke
makanan arab tp memandangan harganya agak mahal klu mkn kat kedai so xleh la
mkn slalu kan.tp dgn adanya pek instant ni blh la masak selalu utk seisi keluarga.yg penting 
dapat berjimat.lps ni saya nk try nasi arab mandy ayam pulak.



~ SELAMAT MENCUBA ~



Sunday, 23 June 2013

~CARROT CAKE SEMPOI~



BAHAN BAHAN

bahan A
1/2 cup brown sugar
1/2 cup white sugar
1 cup minyak
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
2 biji telur

bahan B

1 cup tepung gandum
1 cup carrot diparut dam ditapis airnya
1/2 cup nenas (tin) dipotong dan ditapis air
1 sudu teh baking powder
3/4 sudu teh soda bicarbonat

bahan C (creamcheese frosting)

3 sudu besar creamcheese
3 sudu besar mentega
1 sudu teh vanilla esen
gula icing secukupnya

*pukul sebati kesemua bahan di atas dan simpan di dlm peti sejuk sementara menunggu kek msk

CARA CARANYA


  1. campurkan kesemua bahan A dan pukul sehingga telo dan gula betul2 kembang
  2. kemudian masukkan bahan B dan kacau sehingga sebati
  3. sapu butter di permukaan loyang dan tuangkan adunan td
  4. masukkan kedlm oven dgn suhu 180c selama lbh kurang 30 minit(api atas bwh) bergantung pada oven masing2.sblm masukkan adunan pastikan oven telah dipanaskan terlbh dahulu.
  5. sejukkan kek sebelum disapukan creamcheese frosting.siap utk dimakan.


~SELAMAT MENCUBA~