Followers

Showing posts with label udang. Show all posts
Showing posts with label udang. Show all posts

Wednesday, 9 May 2012

~KARI UDANG MAMAK STYLE ALA EJA RAHIM~




BAHAN BAHAN:-

1/2 kilo udang
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 inci halia
1 biji tomato
1 paket serbuk kari ikan babas
2 sudu chili powder
1 tangkai daun kari
2 kumtum bunga lawang
sedikit santan
minyak untuk menumis

CARA CARA:-

cuci udang dan toskan.bawang putih,bawang merah dan halia dibahagi 2.setengah dimayang dan setengah lg ditumbuk halus.bancuh serbuk kari bersama chili powder sehingga menjadi pes dan masukkan bahan2 yg ditumbuh halus td.tomato dipotong dadu dan ketepikan.panaskan minyak dan tumis bunga lawang,daun kari,bawang dan halia yg dimayang td sehingga naik bau.kemudian masukkan pes kari bersama tomato.msk hingga pecah minyak dan masukkan udang.biar seketika kemudian masukkan santan dan sedikit air mengikut kepekatan yg anda inginkan.tambah garam dan ajinomoto sesedap rasa.

~SELAMAT MENCUBA~

Wednesday, 22 February 2012

~UDANG BERSALUT POPIA~


BAHAN BAHAN:-


1/2 kilo udang
15-20 kpg kulit popia
1 biji telur
sedikit garam

CARA CARANYA:-


  1. Udang dikopek dan tinggalkan bahagian ekor.cuci bersih dan toskan.
  2. kulit popia dibuka satu persatu dan diracik halus
  3. pecahkan telur dan pukul bersama garam
  4. celup udang di dalam telur
  5. salutkan bersama kulit popia.kepalkan kemas2.
  6. goreng bersama minyak yg banyak (deep fried) sehingga garing.


 percubaan pertama yg kurang menjadi kerana salutan kurang kemas dan kulit popia yg terlalu kasar.


~SELAMAT MENCUBA~