Followers

Showing posts with label kuah kacang. Show all posts
Showing posts with label kuah kacang. Show all posts

Friday, 21 September 2012

~SOTO AYAM DAN NASI IMPIT KUAH KACANG~




KUAH SOTO

bahan tumis

3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
2 kuntum  bunga cengkih
2 biji bawang merah dimayang
2 biji bawang putih dimayang
2 btg serai dititik
2 inci lengkuas dititik

bahan blend

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2 inci halia

bahan bahan lain

1 ekor ayam (ambil bahagian dada)
3 sudu serbuk sup
1 kiub pati ayam
1 bungkus sup bunjut
 air secukupnyer
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

CARA CARANYA

panaskan minyak dan masukkan buah pelaga , bunga lawang , bunga cengkih dan kulit kayu manis.kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih yg dimayang td bersama serai dan lengkuas.bila bawang dah naik bau masukkan pula bahan yg diblend.masak seketika dan masukkan kiub pati ayam dan sup bunjut serta serbuk sup.tumis lg sebelum dimasukkan air dan ayam.bila sup dah mendidih dan ayam sudah agak masak angkat ayam tadi dan toskan.masak lg  sup sehingga betul2 mendidih dan masukkan garam secukup rasa.ayam yg ditoskan td dilumur kunyit dan garam dan digoreng seketika.angkat ayam dan sejukkan.carik ayam td untuk dihidangkan bersama soto.

BAHAN BAHAN UNTUK BERGEDIL KENTANG

3 biji kentang
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 sudu teh serbuk lada sulah
2 biji telor (asingkan telur putih dan telur merah)
2 sudu besar bawang goreng
1 tangkai daun sup (diracik halus)
garam secukup rasa

CARA CARANYA

kupas kentang dan potong kepada beberapa bahagian.kemudian goreng kentang sehingga empuk dan toskan.bawang merah dan bawang putih dimayang dan goreng seketika.selepas itu blend bawang tersebut.lenyek kentang dan masukkan kesemua bahan diatas kecuali putih telur.bentukkan bergedil dan masukkan ke dlm putih telor sebelum digoreng.pastikan minyak betul2 panas utk mengelakkan bergedil pecah.


KUAH KACANG

bahan bahan

2 genggam kacang tanah(digoreng tanpa minyak/disangai dan diblend halus)
10 biji cili kering
4 biji bawang merah (bahagikan kepada 2 bahagian.1 bahagian dimayang)
2 inci halia
1 inci lengkuas
sedikit belcan
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

CARA CARANYA

panaskan sedikit minyak(sikit jer) dan goreng  cili bersama belacan , bawang merah , halia dan lengkuas.angkat dan ketepikan.klu xnk guna minyak pun boleh tp lmbt.so letak minyak sket jer.ble cili dah garing boleh la angkat.bahan lain xyah garing.sejukkan sebentar dan blend kesemua bahan yg digoreng td,kemudian panaskan minyak untuk menumis.bla minyak dah panas masukkan bawang merah yg dimayang td.tumis smpi naik bau dan masukkan bahan yg diblend td bersama kacang tanah.masukkan air mengikut kepekatan yg anda suka.kemudian masukkan air asam jawa , garam dan gula secukup rasa.biarkan mendidih  dan siap untuk dihidangkan.

*nasi impit tu mcm biasalah.beli yg mini punyer cepat sket msk.so untuk soto tu ade 2 pilihan samada nk mkn ngan bihun or nasi impit.nasi impit pun leh jugak mkn ngan kuah kacang.so selamat menjamu selera yer.


~SELAMAT MENCUBA~