Followers

Monday, 19 December 2011

~CANTONESE FRIED NOODLE~


BAHAN-BAHAN:-


*hidangan untuk seorang
sedikit koey teow dan bihun
carrot
sawi bunga
isi ayam
udang
1 sudu tepung jagung(bancuhkan dgn air)
1 sudu sos tiram
2 cawan stok ayam
1 ulas bawang putih yg dicincang halus
1 biji telur
garam dan ajinomoto secukup rasa

CARA-CARANYA:-

  1. dengan menggunakan minyak yg banyak goreng bihun(jgn rendam yer bihun tu)sehingga kembang dan asingkan.kemudian panaskan minyak(sikit jer) dan masukkan koey teow dan goreng bersama sos tiram sehingga sebati dan asingkan
  2. panaskan lbh kurang 2 sudu minyak dan masukkan bawang putih sehingga kekuningan dan naik bau.kemudian masukkan stok ayam dan biarkan seketika sehingga mendidih.
  3. masukkan pula sawi , carrot , ayam dan udang seta garam dan ajinomoto secukup rasa.
  4. dgn menggunakan api yg kuat biarkan sehingga kuah betul2 mendidih dan bolehlah dimasukkan telur dan kacau sehingga telur masak.telur tu biar pecah sikit pun xpe.klu tak nak pecahkan pun xpe.ikut citarasa masing2.tp biasanya mmg dipecahkan.
  5. perlahankan api dan masukkan tepung jagung mengikutan kepekatan yg anda suka.
  6. masukkan koey teow kedalam mangkuk dan tuangkan kuah td.kemudian bolehlah dimasukkan pula bihun td bersama bawang goreng.kalau nk sedap lg bolehlah dimakan bersama cili jeruk atau cili padi potong bersama kicap masin.

                                                                   ~SELAMAT MENCUBA~

Thursday, 15 December 2011

~KOEY TEOW SOUP @ IPOH HOR FUN~


koey teow soup @ ipoh hor fun


ikan bilis tamban klu ade yg x kenal

BAHAN-BAHANNYA:-

~untuk soup~
1 biji sengkuang(jgn beso sgt)-kupas kulit dan dibelah 2
1 ketul rangka ayam
3 sudu besar gula batu
200 grm ikan bilis tamban(agak2 la)
garam secukup rasa

CARA-CARANYA:-

masukkan ikan bilis tamban ke dlm karung @ uncang kain dan rebus bersama bahan2 lain sehingga betul2 mendidh.perasakan mengikut citarasa anda.kemudian bolehlah dikeluarkan ikan bilis tamban td.siap untuk dihidangkan.

p/s:nk buat uncang untuk ikan bilis tamban tu make sure anda menggunakan kain bersih atau kain kasa.klu xnk buat pun xpe.mskkan jer lam soup tu tp kene tapis la ble da siap.

~bahan2 untuk hiasan~
1 mangkuk isi ayam(rebus dan carikkan)
2 bungkus fish ball
2 ikat kucai(potong dan celur)
1 bgks koey teow(klu dapat yg halus lg sedap)
1 bgks bawang goreng
cili padi(potong dan letakkan kicap masin)
minyak bijan(optional)-letak mase nk makan dlm 2/3 titik saje.jgn lbh nnt x sedap.
p/s;klu rase nk letak udang pun boleh jugak.

                                                                ~SELAMAT MENCUBA~

Wednesday, 14 December 2011

~KOEY TEOW KERANG~


BAHAN-BAHANNYA:-


*hidangan untuk seorang
1 biji bawang putih(dicincang)
1 sudu lobak masin/lobak jeruk(dicincang halus)
2 sudu cili boh
2 sudu kicap masin
2 sudu kicap manis
1 biji telur
3 ekor udang
sedikit kerang(direbus)
segenggam taugeh
sedikit kucai

CARA-CARANYA:-


tumis bawang putih dan masukkan cili boh dan lobak masin/lobak jeruk.kemudian bolehlah dimasukkan udang dan kerang.biar udang sehingga sedikit masak.besarkan api dan masukkan pula telur.biarkan telur sehingga betul2 masak dan sebatikan dgn bahan2 lain.masukkan pula koey teow dan sebatikan.kemudian bolehlah di masukkan kicap masin dan manis bersama kucai dan taugeh.kicap boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa anda.

                                                                     ~SELAMAT MENCUBA~

~AIR ASAM UTARA~


BAHAN-BAHANNYA:-
1 biji bawang besar
1 biji tomato
3 biji cili merah
2 sudu kerisik(buat sendiri lg sedap)
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
2 sudu kicap cair
sedikit air asam jawa
sedikit belacan
garam dan gula secukup rasa

CARA-CARANYA:-
potong semua bahan di atas dan gaul sebati.

                                                                ~SELAMAT MENCUBA~

~NASI DAGING~


cadangan hidangan.dihidang bersama air asam dan jelatah


~BAHAN-BAHAN:-

4 biji  bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia
blendkan sume bahan ini dan rebus bersama sekilo daging sehingga empuk


1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 batang carrot saiz kecil
1 btg kulit kayu manis
3 biji buah pelaga


ditumis sehingga layu dan dimasukkan ke dalam rice cooker


bahan tumis+daging+beras[basuh dan toskan terlbh dahulu]+air rebusan daging
mengikut sukatan beras.masak seperti biasa.oppss...jgn lupa masukkan
sedikit garam.



ok..dah siap

~SELAMAT MENCUBA~

Tuesday, 13 December 2011

~AYAM GOLEK ALA EJA RAHIM~


perap ayam selama 2 jam @ lbh.



in progress.bakar lbh kurang 1 jam.jgn smpi kering nnt x sedap


ready to eat.....

BAHAN-BAHAN:-


seekor ayam sederhana besar
1 biji bawang putih n bwg besar*
sedikit cintan manis*
sedikit ketumbar*
halia*
serai*
daun rosemary
kicap
madu
garam secukup rasa

CARA-CARANYA:-


kisar bahan yg bertanda*
dan perapkan bersama bhn lain selama lbh kurang 2 jam.
lagi lame lagi sedap.biarkan semalaman lg ok.
then bakar dlm oven dgn suhu lbh kurang 12o darjah celcius
selama 1 jam.
                                                                 ~SELAMAT MENCUBA~

~PUDING ROTI BERSOS KASTARD BERSAMA JAGUNG~



BAHAN-BAHAN PUDING ROTI

10 keping roti
2 cawan susu full cream
2 cawan whipping cream
1/2 cawan gula
6 biji telur
1 teaspoon esen vanilla
4 tsb butter
kismis-agak2

cara-caranya:-

sapu butter pada loyang.carik-carikan roti dan masukan ke dalam loyang.diselang selikan dgn kismis.ketepikan seketika.di dalam bekas lain masukkan whipping cream,susu full cream,telur,gula,butter dan esen vanilla.pukul sehingga sebati dan masukkan ke dlm loyang yg berisi roti td.biarkan selama 1 jam sblm dibakar di dlm oven dgn suhu 160 darjah celcius selama 30 minit.oven hendaklah dipanaskan dahulu sekurang kurangnyer 10 minit sblm memasukakn puding.

BAHAN-BAHAN UNTUK CUSTARD SAUCE

2 cawan susu full cream
2 tsb tepung custard
3 tsb jagung(saye gune adabi pnyer brand.jagung g sgt fresh)

cara-caranya:-

panaskan susu sehingga mendidih dan masukkan gula mengikut citarasa anda.biarkan sekejap dan masukan pula tepung kastard dan jagung.msk sehingga agak pekat dan biarkan sejuk.

                                                     ~SELAMAT MENCUBA~

~BUTTER RICE WITH BBQ CHICKEN~


untuk resepi nasi sila klik SINI

BAHAN-BAHANNYA:-


sekor ayam di potong 8
bawang besar 1 biji
bawang putih 2 biji
madu
chili flake
lada hitam
daun rosemary
daun tyme
lemon
garam
*bawang besar,bawang putih dan lada hitam ditumbuk halus.

CARA-CARANYA:
perapkan ayam bersama semua bahan diatas.parutkan kulit lemon dan perahkan jusnya.perap semalaman.bakar smpi msk.
*klu nk lg sedap mkn bersama sos hot peri2 nandos.

                                                         ~SELAMAT MENCUBA~

~SIAKAP STIM ASAM BOI~




BAHAN-BAHANNYA:-

1 ekor ikan siakap sederhana besar
5 biji cili padi*
1 biji tomato
3 inci halia*
1 biji bawang besar*
3 biji asam boi jeruk
1 sudu sos tiram
1 sudu sos ikan
sedikit cendawan*
sebatang serai*
perahan limau nipis
garam dan ajinomoto secukup rasa

CARA-CARANYA:-

siang ikan dan cuci dgn limau nipis sehingga hilang bau dan bersih.lumurkan ikan bersama sos tiram dan sos ikan.potong semua bahan yg bertanda * dan taburkan seperti gambar di atas.potong dadu tomato dan taburkan bersama diikuti dgn asam boi.kemudian masukkan sedikit air bersama perahan limau nipis mengikut citarasa anda.akhir sekali masukkan garam dan sedikit ajinomoto.sedia untuk distim selam lbh kurang 15 ke 20 minit.

                                                             ~SELAMAT MENCUBA~

~SIAKAP BAKAR~




BAHAN-BAHAN UNTUK PES:-

10 biji cili kering*
1 biji bawang besar*
1 biji bawang putih*
1 inci halia*
1 batang serai*
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

p/s:kisar halus bahan2 yg bertanda*

CARA-CARANYA:-


panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga garing@ terbit minyak.perasakan dgn air asam jawa,garam dan gula mengikut citarasa anda.apabila pes sudah siap bolehlah diperap bersama ikan selama beberapa jam sblm dibakar.simpan lebihan pes td untuk disletakkan pada ikan setelah ikan siap dibakar seperti gambar di atas.kemudian potong halus daum limau purut dan bolehlah ditabur diatas ikan td.


BAHAN-BAHAN UNTUK AIR ASAM:-


1 biji bawang besar
5 biji cili padi
1 biji tomato
1 sudu sambal belacan
sedikit air asam jawa
sedikit belacan
garam dan gula secukup rasa

CARA-CARANYA:-


potong dadu bawang besar dan tomato dan ketepikan.potong halus cili padi dan campurkan bersama bawang dan tomato td.masukkan sambal belacan , air asam jawa , garam dan gula dan sebatikan.sediakan dihidang bersama ikan bakar.


                                                         ~SELAMAT MENCUBA~