Followers

Wednesday, 22 February 2012

~CHICKEN ROLL~


resepi yg sgt mudah n sedap.resepi asal dari SHASHA RAHMAT.untuk resepi sila klik SINI

~UDANG BERSALUT POPIA~


BAHAN BAHAN:-


1/2 kilo udang
15-20 kpg kulit popia
1 biji telur
sedikit garam

CARA CARANYA:-


  1. Udang dikopek dan tinggalkan bahagian ekor.cuci bersih dan toskan.
  2. kulit popia dibuka satu persatu dan diracik halus
  3. pecahkan telur dan pukul bersama garam
  4. celup udang di dalam telur
  5. salutkan bersama kulit popia.kepalkan kemas2.
  6. goreng bersama minyak yg banyak (deep fried) sehingga garing.


 percubaan pertama yg kurang menjadi kerana salutan kurang kemas dan kulit popia yg terlalu kasar.


~SELAMAT MENCUBA~

Sunday, 19 February 2012

~NASI AYAM ALA EJA RAHIM~


NASI AYAM VERSI EJA RAHIM


BAHAN BAHAN UNTUK AYAM

1/2 ekor ayam
2 biji bawang besar
6 biji bawang putih
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap (x kisah kicap manis or kicap masin )
halia (agak2 jer )

*bawang besar , bawang putih dan halia dikisar halus dan  dibahagikan kepada 2 bahagian.separuh untuk direbus bersama ayam dan separuh lg untuk menumis nasi.

ayam dipotong dua dan direbus bersama bahan kisar selama 15-20 minit.angkat dan bilas ayam dgn air.toskan sehingga ayam sejuk dan bolehlah disapukan dgn sos tiram dan kicap.perap seketika dan goreng dgn menggunakan minyak yg byk.


BAHAN BAHAN UNTUK NASI


3 cawan beras
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
31/2 cawan air rebusan ayam
garam dan serbuk kunyit secukup rasa
bahan2 kisar(bwg besar , bwg putih , halia )

panaskan minyak dan masukkan buah pelaga , bunga lawang dan bahan kisar hingga naik bau.setelah itu masukkan pula air rebusan ayam bersama garam dan serbuk kunyit.tunggu sehingga mendidih dan masukkan pula beras.dan biarkan msk seperti biasa.


SUP

ambil air rebusan ayam td dan masak sehingga mendidih dan ditambah garam dan ajinomoto(optional) secukup rasa.




CILI DAN KICAP

3 biji cili merah dikisar bersama sebiji bwg putih dan sedikit halia serta cuka dan gula.untuk kicap pulak saye hanya menggunakan sup td dan dicampur bersama kicap manis.


yg ni hanya menu tambahan.penah mkn nasi ayam dgn tauge ikan masin ni.sedap sgt2.
tp ble buat sndr x sedap la pulak.resenyer same jer ngan kailan ikan masin.

~SELAMAT MENCUBA~


Saturday, 18 February 2012

~CHAR KOEY TEOW~


BAHAN BAHAN UNTUK SOS


air rebusan kulit n kepala udang.sye kumpul sikit2.setiap kali beli udang kupas kulit n ambk kepalanya rebus smpn lam fridge.ble dah byk baru wat sos.

sos tiram
soa ikan
kicap manis
kicap masin
gula merah



CARA CARANYA



didihkan stok udang dan masukkan kesemua bahan tadi  secukup rase.klu suke manis lbhkan gula.ikut citarasa anda.saya buat banyak2  dan simpan lam fridge.


BAHAN BAHAN UNTUK MENGGORENG KOEY TEOW

*hidangan untuk seorg

segenggam koey teow
sedikit taugeh
sedikit  kucai
sebiji telur
sedikit kerang
3 ekor udang
1 sudu makan cili boh
1 biji bawang putih dicincang
minyak untuk menggoreng

CARA CARANAYA

panaskan minyak dan masukkan udang dan bawang putih.bila udang sudah separuh masak masukkan cili boh sehingga garing.masukkan pula kerang , tauge ,kucai dan koey teow.gaul sebati dan masukkan sos td mengikut citarasa anda.besarkan api dan tggu sehingga mendidih dan bolehlah dimasukkan telor.kacau sebentar dan angkat.siap untuk dihidangkan.


                                                        ~SELAMAT MENCUBA~