Followers

Friday, 3 August 2012

~NASI KERABU~



BAHAN UNTUK NASI

2 cawan beras
1 sudu kecil garam
2/3 titik pewarna biru (yg sye buat ni letak kunyit jer sbb xde pewarna biru)
air secukupnyer.

#nasi dimasak mcm biasa

BAHAN UNTUK SAMBAL TUMIS

5-10 biji cili kering*
1/2 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1inci kunyit/serbuk kunyit*
1 cawan santan pekat
1 btg serai (diketuk)
2 keping asam gelugor
2 sudu besar budu/belacan
garam dan gula secukup rasa

blend bahan yg bertanda * hingga lumat.panaskan minyak( kene byk sket), tumis kesemua bahan td smpi pecah minyak.

BAHAN UNTUK SAMBAL IKAN / KELAPA

1 ekor ikan kembong (saiz besar)
1 cawan kelapa
2 ulas bawang putih
4-5 biji bawang merah
1 btg serai
1 inci halia

bersihkan ikan dan bakar.sementara tu goreng kelapa tanpa minyak sehingga keperang perangan dan ketepikan.ikan tadi diasingkan isi  dan tulangnya.tumbuk isi ikan sehingga halus.tumbuk pula bawang dan serai.guna blend yg kering pun boleh.campurkan kesemua bahan td dan disangai sehingga kering.masukkan garam dan gula secukup rasa.

BAHAN BAHAN UNTUK SOLOK LADA

5 biji cili hijau
2 ekor ikan kembong (ambil isinya dan ditumbuk)
1/2 biji kelapa
1 cawan santan pekat
2 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
sedikit lada hitam*
garam dan gula secukup rasa

cili hijau dibelah tengah dan dibuang biji.campur kesemua bahan diatas kecuali cili hijau dan santan pekat sehingga sebati.ok dah jd pun inti solok lada.sumbatkan inti solok kedlm cili hijau.susun cili di dlm periuk dan tuangkan santan pekat.tutup periuk dan msk dgn menggunakan api yg sederhana.bila dah kering santannya bolehlah dihidangkan.

BAHAN BAHAN UNTUK IKAN GORENG TEPUNG

3 ekor ikan sardin / selayang
3 sudu besar tepung beras
1/2 sudu teh serbuk kunyit
sedikit air kapur
sedikit garam
sedikit air untuk bancuhan

bersihkan ikan dan ketepikan.bancuh tepung bersama air , garam , air kapur dan kunyit sehingga sebati.celupkan ikan kedlm tepung dan goreng.

BAHAN BAHAN UNTUK SAMBAL BELACAN

10 biji cili padi
cuka
garam
gula

tumbuk @ blend kesemua bahan.


BAHAN BAHAN UNTUK ULAM ULAMAN

tauge
timun
daun kesum
kacang panjang

hiris halus kesemua bahan kecuali tauge dan gaul sebati.untuk lbh sedap sila sediakan keropok ikan.klu nk sedap lg rajin2 la bakar daging.

sumber resepi : pakcik google


~SELAMAT MENCUBA~




No comments: