BAHAN-BAHAN
bahan A
2 biji bawang besar
4 biji bawang putih
5-10 biji cili padi (optional)
2 inci halia
2 biji buah pelaga
1 tangkai bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 tangkai daun kari
sedikit minyak untuk menumis
*kisar halus bawang besar , bawang putih , halia dan cili padi
bahan B
2 bgks serbuk kari babas (ikan or ayam)
2 keping asam keping
garam secukup rasa
sedikit santan
*bancuh serbuk kari sehingga menjadi pes bersama asam keping dan garam
bahan C
1 bgks mee kuning (dicelur)
1 kilo kerang (direbus dan dikopek isinya)
2 bgks fishball
1 bgks fishcake(dipotong nipis)
500 g udang sederhana besar
1 ikat sawi (potong dan celur)
taugeh(dicelur)
*udang dicuci dan direbus.setelah udang masak asingkan bahagian isinya.kulit dan kepala udang dikisar halus dan ambil airnya.
CARA CARANYA
panaskan minyak dan tumis buah pelaga , bunga lawang , kulit kayu manis dan daun kari.masukkan pula bahan kisar dan tumis sehingga naik bau.selepas itu bolehlah dimasukkan pes serbuk kari td.tumis sehingga terbit minyak.masukkan pula santan dan air rebusan udang.anda boleh menambah air mengikut kepekatan kuah yg anda inginkan.biar sehingga mendidih dan masukkan isi udang , fishball , fishcake dan isi kerang.biarkan seketika dan perasakan mengikut citarasa masing2.
~SELAMAT MENCUBA~


No comments:
Post a Comment